Dah 5 hari ibu mula sekolah. Jadi abang kena dok taska/rumah pengasuh. Hari Isnin abang dengan adik Hafiy pergi taska gemilang. Ok la situ ada gak kawan2. Tapi adik Hafiy nagis masa ibu ngan ayah hantar. Abang suka dok situ tapi ada la beberapa orang yg suka usik2 abang. Adik Akif lak ibu antar ke umah pengasuh. Hari pertama tu ayah ambik abang ngan adik2 kul 6 petang.
Hari ke2 ayah tak ada nak hantar abang. Ibu sorang je. Jadi abang buat la perangai. Tak nak gi taska tu. Abang nagis kuat2. Pasal abang tau ibu kalau abang nagis dia mesti ambik perhatian. Pastu abang cakap ada budak kacau abang kat taska. Ibu terus percaya.HUHUHUHUHU. Kalau ngan ayah payah la abang nak nagis ke nak cakap apa2 ke. Guling2 pun ayah buat tak tau je. Ayah cakap semua benda kena hadapi satu per satu. Jangan lari dari masalah tapi selesaikan. Tapi abang nie kan kecik lagi camner la nak hadapi masalah2 tu. Pasal tu abang mudah pengaruh Ibu, buat cerita sikit pastu nagis kuat2 ibu mesti percaya. dan abang dah 4 hari dok kat umah pengasuh adik Akif.
GUMBIRAAAAA..............
No comments:
Post a Comment