Monday, September 27, 2010

Gi mandi Wet World

Bertempat di Pedas Rembau N9, semalam abang, Adik Hafiy,Adik Akif, Ibu ngan Ayah gi sana.Nampak tu nama atas tu air panas pedas.Tapi tak masuk pun air panas, mandi kat kolam air biasa aje.

Abang dengan dik Akif

                                                                               Adik Hafiy

adik Hafiy













Friday, September 24, 2010

Abang dapat kalah kan IBU

Dah 5 hari ibu mula sekolah. Jadi abang kena dok taska/rumah pengasuh. Hari Isnin abang dengan adik Hafiy pergi taska gemilang. Ok la situ ada gak kawan2. Tapi adik Hafiy nagis masa ibu ngan ayah hantar. Abang suka dok situ tapi ada la beberapa orang yg suka usik2 abang. Adik Akif lak ibu antar ke umah pengasuh. Hari pertama tu ayah ambik abang ngan adik2 kul 6 petang.

Hari ke2 ayah tak ada nak hantar abang. Ibu sorang je. Jadi abang buat la perangai. Tak nak gi taska tu. Abang nagis kuat2. Pasal abang tau ibu kalau abang nagis dia mesti ambik perhatian. Pastu abang cakap ada budak kacau abang kat taska. Ibu terus percaya.HUHUHUHUHU. Kalau ngan ayah payah la abang nak nagis ke nak cakap apa2 ke. Guling2 pun ayah buat tak tau je. Ayah cakap semua benda kena hadapi satu per satu. Jangan lari dari masalah tapi selesaikan. Tapi abang nie kan kecik lagi camner la nak hadapi masalah2 tu. Pasal tu abang mudah pengaruh Ibu, buat cerita sikit pastu nagis kuat2 ibu mesti percaya. dan abang dah 4 hari dok kat umah pengasuh adik Akif.

GUMBIRAAAAA..............

Orang Labah - Labah

 Abang dah jadi orang labah -labah. Tapi pelik baju nie ada sayap kat belakang. Spiderman mana ada sayap belakang kat baju dia. Nie mesti baju tiruan nie pasal tu la lain dari original. Adik Hafiy pun ada satu, tapi dia tak nak pakai. Lemas kot pakai topeng nie.
Sempit la baju nie. Ibu beli saiz salah. Nampak kepala abang besar!!!!!!!!!!

Monday, September 13, 2010

Katil Adik Akif

Abang nak cerita pasal katil adik Akif
Ayah buat katil nie menggunakan paip pvc. Tapi adik Akif tak nak tido dalam katil nie.
Oleh itu abang telah menukar kegunaan katil ini kepada -

pintu gol bola baling. Tengok adik Hafiy membaling bola tu...

Letih dah abang ngan adik Hafiy main, pengsan dah.

Saturday, September 11, 2010

sibuk la abang bila ayah balik

Lama dah abang tak update blog nie. Semenjak ayah balik sampai la raya ke 2 nie. Baru la abang ada masa nak update. 11 hari dah tu.
Sepanjang 11 hari macam2 jadi. Harijadi adik Akif pada 2hb September.
Cik Nor ngan Mak balik Jeli 4hb.
Raya 10hb. Ayah nak buat kuih raya tapi tak jumpa resepi , jadi tak jadi buat.
Raya pertama tak pergi mana. Ayah je gi umah arwah Opah.
Raya ke2 - hari nie ayah ngan ibu bawak abang , adik hafiy dan adik akif ke taman tasik perdana. Main gelongsor.
adik hafiy ngan abang


main gelongsong ngan adik Hafiy


Adik Akif ngantuk main buaian


Adik Akif, adik Hafiy ngan Abang