Nie kereta ayah abang. Kancil nie dah 10 tahun dah usia. Walaupun tempat duduk ada 5 tapi memandangkan abang dah membesar, dah tak muat nak duduk ngan adik2 semua.
Nie kereta ibu. Myvi nie dah 5 tahun dah. Sama macam kereta ayah, abang dah tak muat nak duduk ngan adik2 semua.Ibu pun makin hari makin gemuk. Makin la tak muat naik ramai2.
JADI
Abang ada satu cadangan untuk ayah. Bila ayah balik nanti boleh la ayah guna semua duit yang ayah kumpul masa kerja kat syria tu untuk membeli .........
Kalau ayah beli kereta nie, baru la abang muat nak duduk. Bukan duduk sahaja baring2 pun boleh.
Abang boleh baring kat kerusi belakag. Adik Hafiy leh baring kat kerusi tengah. Ibu ngan Adik Akif leh duduk depan. Jadi takde masalah nak rebut2 tempat nak baring. Sekarang nie bila nak jalan jauh selalu abang kena rebut tempat nak baring ngan adik Hafiy. Susah laaaa.....
Kalau lipat macam nie leh letak tilam, pastu leh tido ramai2. Best jugak. Macam ayah selalu buat khemah kat bilik atas dulu. Jadi kesimpulannya ayah kena beli jugak keta yang macam nie supaya leh la kita semua gi jalan jauh beramai2. Kalau tak abang tak nak ikut..